Tuesday, December 23, 2008

Understeer dan Oversteer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah lama tidak menulis dalam ruangan blog saya, akhirnya dapat juga peluang nak tulis sesuatu. Hrm..Kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang sesuatu yang agak teknikal dalam bidang permotoran iaitu tentang Understeer dan Oversteer. Bagi anda yang memang 'car enthusiasts', anda mungkin sudah tahu mengenai 2 benda ni. Bagi anda yang belum tahu tapi selalu 'blur' bila jumpa perkataan ini, saya akan cuba menerangkan dengan seringkas mungkin.


UNDERSTEER

Cuba anda perhatikan gambarajah disebelah. Anda dapat gambarannya?.
Understeer adalah keadaan dimana kenderaan yang dikawal gagal mengikut laluan
yang dikemudikan. Kenderaan tersebut lebih cenderung untuk kedepan berbanding
mengikut input yang diberikan oleh pemandu. Seolah-olah anda ingin membelok
kekiri tetapi kenderaan masih bergerak kedepan atau pergerakkan sebelumnya.
Agak menakutkan jika keadaan sebegini berlaku lebih-lebih lagi jika ada ancaman(pokok, kereta, manusia) di depan kerana pemandu tiada kawalan terhadap kenderaan ketika keadaan tersebut.

Understeer boleh terjadi kepada kenderaan yang dipacu oleh tayar hadapan(Front Wheel Drive), aerodinamik yang kurang di hadapan atau lebih di belakang kenderaan, melakukan brake lock semasa emergency brake terutamanya kenderaan tanpa Anti-Lock Braking System(ABS), terlebih memusing steering dan pelbagai lagi situasi atau penyebab bagi berlakunya Understeer.


OVERSTEER

Oversteer pula mengenai keadaan dimana bahagian belakang kenderaan cenderung membuang atau meluncur keluar dari selekoh yang hendak diambil. Kesannya adalah berlawanan dengan understeer tetapi, merupakan keadaan yang disukai oleh Racers dan Drifters kerana apabila oversteer terjadi, mereka masih dapat mengawal kenderaan dan mungkin juga menghasilkan satu Power Sliding atau Drifting yang menakjubkan. -atau juga kereta boleh berpusing jika tidak terkawal.

Oversteer selalu berlaku pada kenderaan yang dipacu tayar belakang, kenderaan yang mempunyai wheelbase(jarak antara tayar hadapan dengan belakang) yang pendek, kedudukan enjin dibelakang dan pelbagai lagi sebab yang boleh membuatkan oversteer terjadi antaranya sistem suspensi, aerodinamik, tahap cengkaman tayar belakang dan pelbagai lagi.

Oversteer dapat diatasi dan dikawal dengan pelbagai cari seperti Countersteer atau Opposite Lock iaitu membalas balik pergerakan kenderaan sambil mengawal kuasa dari enjin. Malah, terdapat pelbagai lagi cara untuk mengawal oversteer sepertimana yang digunapakai oleh para Drifters.

Harap artikel ini dapat memecahkan kebuntuan anda mengenai perihal dua benda alah ni.

Sekian.


No comments:

Post a Comment

Your comment is much appreciated. Thanks :)