Ini kerana sejak dikeluarkan, pihak Sony sentiasa menang dalam perlawanan 'Sony vs hacker'. Kumpulan-kumpulan hacker sentiasa mencari cara untuk memecahkan sekuriti dalam konsol yang mengelakkan konsol dari memainkan game-game pirate ni. Selama tiga tahun, tiada pihak hacker yang dapat mengalahkan sony yang terel ni.
Walaubagaimanapun, baru-baru ini saya dapat tahu, hacker mungkin telah mendapat cara untuk godam PS3. Tanpa menggunakan sebarang cip yang biasanya ditanam di dalam konsol, mereka hanya menggunakan 'thumbdrive'(dongle) yang disumbat di USB port PS3(biasanya untuk mengecas controller).
Dongle tersebut dikatakan diadaptasi dari sejenis component yang digunakan Sony untuk 'debug' konsol di kilang. Perkara ini pasti membuatkan Sony panas punggung kerana pemain bukan sahaja dapat 'copy' keseluruhan bluray game, malah dapat simpan game yang didownload terus dari internet. Itulah penangan kombinasi software dan hardware.
Tetapi, terdapat juga khabar angin yang mengatakan walaupun teknik ini dapat rip bluray disc, tetapi konsol kemudiannya tidak dapat boot. Ada juga yang mengatakan, tidak semua game dapat di'rip' kedalam hdd.
Pada hemat saya, ini seperti permainan anjing dan kucing. Tengoklah siapa yang menang nanti. Adakah hacker dapat mengodam sebelum ps4 keluar? Atau, Sony dapat bertahan dengan mudahnya? Hanya masa menentukan. Tapi jika Sony mula mengeluarkan PS4(atau sewaktu dengannya) sebelum PS3 dapat di 'crack', dianggap hacker kalah..thehee..
No comments:
Post a Comment
Your comment is much appreciated. Thanks :)