Monday, November 28, 2011

Passed: CUTE Examination

Huu. Baru je habis exam Computerised Unit Trust Examination baru-baru ni kat i-World PJ and the best thing is I DID IT..I PASSED! Thank god.
Pada yang tak tahu ni adalah exam untuk siapa-siapa yang nak jadi Unit Trust Consultant kat Malaysia. So, sekarang ni tengah tunggu license tu dihantar ke rumah aku, hee..dah boleh start selling Unit Amanah XD

Ok mesti ada yang tengah blur..what the heck is all this?


Gini, aku nak jadi Unit Trust Consultant kat syarikat unit amanah terbesar di Malaysia ni so dibawah undang-undang dan keperluan suruhanjaya sekurity, kenalah amik lesen dulu. Akhirnya selepas 2 minggu menelaah, lulus jugak aku. Ada 60 soalan objektif melibatkan teori dan pengiraan..and I passed..takde grade..only Pass or Fail. Pada yang tak tahu, unit amanah adalah satu bentuk pelaburan kolektif dimana semua pelabur yang mempunyai matlamat pelaburan yang sama, bersatu melabur modal mereka yang mana akan diuruskan oleh pengurusan profesional.

"kumpul pelabur/modal --> laburkan dalam sektor2 dan sekurity bergantung pada polisi tabung pelaburan --> ada untung, bahagikan kepada semua pemegang unit"..simple liek that u know..


Anda ada ASB, ASN dan sebagainya? Haa tu lah unit amanah cuma ASB, ASN tu di bawah seliaan Permodalan Nasional Berhad which is goverment back up company. Sebaliknya, syarikat(merah) yang aku join ni adalah syarikat swasta yang telah merangkul pelbagai anugerah berprestij..cewahhh..promote pulak which is true..nak promote..haha =p

Kenapa penting melabur?

Inflation will eat your money
Sangat penting untuk merancang masa depan kita, keluarga, pesaraan kita, pendidikan anak2 kerana semuanya perlukan duit. Lagipun, kesan inflasi akan menghakis nilai sebenar wang kita jadi kita perlukan sesuatu untuk mengalahkan kesan inflasi. Untuk informasi, kadar inflasi semasa artiket ini ditulis adalah 3.5%. Jadi pelaburan adalah antara cara yang terbaik lebih-lebih lagi pelaburan unit amanah kerana diuruskan secara profesional, rendah modal tetapi dilaburkan dalam syarikat berprofil tinggi, dipelbagaikan dan macam-macam lagi kelebihan unit amanah.

Untuk pembaca yang nak tahu lebih lanjut pasal unit amanah, bolehlah hubungi saya diemel senndoh@gmail.com or simply reply to this post..

More to come....c ya!

No comments:

Post a Comment

Your comment is much appreciated. Thanks :)