Thursday, September 2, 2010

The Real Stig is..

Identiti The Stig, pemandu ujian misteri di rancangan televisyen popular "Top Gear," telah sekian lama dijaga dengan serius. Pada hari Rabu lepas, British Broadcasting (BBC) dikatakan telah menolak permintaan The Stig untuk menerbitkan sebuah buku yang mendedahkan identitinya.

Tak lama selepas itu, penerbit HarperCollins berkata; pemandu 33 tahun itu yang bernama Ben Collins "mempunyai cerita menarik untuk dikhabarkan tentang tujuh tahun beliau menjadi The Stig, yang mana pasti akan menarik minat ramai pembaca bukan sekadar penggemar otomotif." Tambahnya lagi, buku tersebut akan mula berada dipasaran Britain mulai 16 September tahun ini.

Ben Collins


Perry McCarthy

The Stig putih merupakan pemandu misteri kedua bagi rancangan Top Gear terbitan BBC menggantikan The Stig asal (warna hitam). Penggantian ini dibuat serta-merta selepas identity sebenar The Stig hitam (Perry McCarthy) tersebar. Perry McCarthy juga meninggalkan rancangan itu pada tahun 2003 selepas kebocoran identiti.


Ps: Well...



3152E8B06184DCAA296BA720E4BD41CB

No comments:

Post a Comment

Your comment is much appreciated. Thanks :)