Thursday, December 25, 2008

Nak Start Sem Dah

Hrm..Tinggal lagi 2 hari lagi untuk saya pulang ke kampus Uitm Cawangan Segamat. Aiyark..Last-last ni la pulak rase tak cukup cuti.. Sebelum ni mase cuti punye la boring tak tau nak buat ape..Keje pon tak sempat..

Ini mungkin lagu paling sesuai kot?..
BALIK KAMPUS...HO HO HO ,
BALIK KAMPUS...HO HO HO,
BALIK KAMPUS...HO HO HO,
HATI GIRANG!!!
(ulang sekali lagi)

TERBAYANG WAJAH LECTURER YANG KU SAYANG,
SATU-SATU TERSEMAT DI KALBU
PASTI TERUBAT RINDU DIHATI
MENYAMBUT KEPULANGAN KU NANTI

hahaha..Setelah saya balik ke kampus, blog ni mungkin tidak dapat diupdate dari masa ke semasa..Huhu, bcoz internet connection belum tentu ada @ saya subscribe kat Segamat nanti..Anyway, kalo ade saya akan teruskan ngan blog nie...Yeah!!!

Masuk ni adalah semester ke-4 daripada 6 semester keseluruhannya. Hrmm..Azam kali ni?..Apalagi kalau bukan teruskan azam semester dulu..Wakaka..Biasala sebagai pelajar mestilah mahu berusaha kaw2 n dapatkan result yang cambest..Tak gitu?..

Ok, itu sahaja celoteh saya untuk kali ini..Apa-apa pun...stay in tune!!...
TATA!!!

Tuesday, December 23, 2008

Understeer dan Oversteer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah lama tidak menulis dalam ruangan blog saya, akhirnya dapat juga peluang nak tulis sesuatu. Hrm..Kali ini saya akan menyentuh sedikit tentang sesuatu yang agak teknikal dalam bidang permotoran iaitu tentang Understeer dan Oversteer. Bagi anda yang memang 'car enthusiasts', anda mungkin sudah tahu mengenai 2 benda ni. Bagi anda yang belum tahu tapi selalu 'blur' bila jumpa perkataan ini, saya akan cuba menerangkan dengan seringkas mungkin.


UNDERSTEER

Cuba anda perhatikan gambarajah disebelah. Anda dapat gambarannya?.
Understeer adalah keadaan dimana kenderaan yang dikawal gagal mengikut laluan
yang dikemudikan. Kenderaan tersebut lebih cenderung untuk kedepan berbanding
mengikut input yang diberikan oleh pemandu. Seolah-olah anda ingin membelok
kekiri tetapi kenderaan masih bergerak kedepan atau pergerakkan sebelumnya.
Agak menakutkan jika keadaan sebegini berlaku lebih-lebih lagi jika ada ancaman(pokok, kereta, manusia) di depan kerana pemandu tiada kawalan terhadap kenderaan ketika keadaan tersebut.

Understeer boleh terjadi kepada kenderaan yang dipacu oleh tayar hadapan(Front Wheel Drive), aerodinamik yang kurang di hadapan atau lebih di belakang kenderaan, melakukan brake lock semasa emergency brake terutamanya kenderaan tanpa Anti-Lock Braking System(ABS), terlebih memusing steering dan pelbagai lagi situasi atau penyebab bagi berlakunya Understeer.


OVERSTEER

Oversteer pula mengenai keadaan dimana bahagian belakang kenderaan cenderung membuang atau meluncur keluar dari selekoh yang hendak diambil. Kesannya adalah berlawanan dengan understeer tetapi, merupakan keadaan yang disukai oleh Racers dan Drifters kerana apabila oversteer terjadi, mereka masih dapat mengawal kenderaan dan mungkin juga menghasilkan satu Power Sliding atau Drifting yang menakjubkan. -atau juga kereta boleh berpusing jika tidak terkawal.

Oversteer selalu berlaku pada kenderaan yang dipacu tayar belakang, kenderaan yang mempunyai wheelbase(jarak antara tayar hadapan dengan belakang) yang pendek, kedudukan enjin dibelakang dan pelbagai lagi sebab yang boleh membuatkan oversteer terjadi antaranya sistem suspensi, aerodinamik, tahap cengkaman tayar belakang dan pelbagai lagi.

Oversteer dapat diatasi dan dikawal dengan pelbagai cari seperti Countersteer atau Opposite Lock iaitu membalas balik pergerakan kenderaan sambil mengawal kuasa dari enjin. Malah, terdapat pelbagai lagi cara untuk mengawal oversteer sepertimana yang digunapakai oleh para Drifters.

Harap artikel ini dapat memecahkan kebuntuan anda mengenai perihal dua benda alah ni.

Sekian.


Monday, December 22, 2008

Go-Kart at Shah Alam City Karting

Baru-baru ni saya berpeluang bermain go kart bersama kawan baik saya Hilmi(thanks bro temankan gua) di City Karting Enterprise. Litar sepanjang 1.07KM ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam(berhampiran Stadium Shah Alam).

Malangnya kami sampai agak lewat iaitu dalam pukul 5.30PM sesudah hujan(musim tengkujuh). Mulanya saya ingin membatalkan sahaja niat nak bermain go kart kerana trek basah dan sukar mengawal kart dalam keadaan trek yang basah serta tak boleh nak memandu dengan laju ketika mengambil selekoh berbanding ketika trek kering tetapi, kawan saya ni nak jugak main katanya jadi kami teruskan juga dengan menggunakan tayar hujan.





Actually ini merupakan kali ke-5 saya bermain go-kart dan tiada masalah untuk memandu laju kecuali untuk membiasakan diri dengan trek ini ketika 1-2 pusingan pertama. Walaupun dengan berkapasiti 80cc, kart disini memang berprestasi.Kalau laju memang laju sangat berbanding dengan pusat go-kart lain yang saya pergi. Bunyi enjinnya bukan main tapi slow sahaja.

Seperti yang saya katakan tadi, memang sukar untuk mengawal kart untuk mengambil selekoh dengan kelajuan yang agak tinggi. Saya dan kawan saya ni asyik berpusing je. Berkali-kali tapi seronok!!. Setelah meredah segala lopak air dan tamat sesi, baju yang kami pakai habis basah lencun dan kami bercadang untuk ke Mid Valley pula selepas go-kart. Nasib baik rumah saya dekat sahaja.

Kepada anda yang ingin mencuba bolehlah datang ke sini. Bermain go-kart lebih selamat daripada anda racing tak tentu hala di jalan raya. Sewa bermula RM35 untuk 10minit dengan kart 80cc. Ada juga 100cc dan 2-seater kart tapi ratenya saya tidak pasti. Juga sediakan deposit RM50 sebagai cagaran. Wang ini akan dikembalikan jika tiada sebarang kemalangan berlaku terhadap kart yang anda sewa.

Kunjungi aman web City Karting untuk info lanjut
http://www.citykarting.com/

Friday, December 5, 2008

Can't Surf the Internet While Using BitTorrent?

Hrm..Exacly after I installed Windows Vista Premium Edition, I can't surfing the internet while using the BitTorrent..I cant't load any page even my router page..So, what I do is restart my computer and then surf the internet back but this time WITHOUT running the torrent program(currently I'm using uTorrent)..

However, if I start the uTorrent while surfing..then I can't surf the internet again..Sigh..

Eventually..I discovered a way to solve this handy problem(actually)..But, one question first..are you using Nod32 antivirus..If yes, below maybe a steps to resolve this problem.

1)Open Nod32 Antivirus setup

2)Go to Antivirus and antispyware > Web access protection > HTTP > click on Web Browsers

3)In the box, encheck(red x) the uTorrent or any torrent client you currently using.
















Because Nod32 assume the uTorrent as internet browser by dafault..so every incoming and outgoing data is checked thus create a performance or compatibility problem..

Thursday, December 4, 2008

Here I Am...

Assalamualaikum and Peace be upon you..

Akhirnya..setelah berkira-kira nak buat satu blog sendiri tp tak jadi-jadi dek kerana malas dan tak ada masa..dapat juga saya melapangkan masa untuk mendaftarkan blog persendirian saya..

Kepada mereka yang baru sahaja menemui blog ini..diharapkan anda dapat 'bookmark' site ini dan 'stay in tune' kerana saya akan cuba berusaha untuk memadat, memampat serta melekatkan info-info yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas..

Apapun..Sebarang komen atau cadangan bernas ataupun kritikan yang kurang pedas dan membangun akan saya terima dengan hati yang terbuka macam rumah terbuka di Aidilfitri..So, leave me a comment ok?...
Chiow!!!