Pejabat Kerajaan. Sebab ia 'besttt'. Kenapa saya kata ia 'best'?. Sebab..
1. Sistem online-nya selalu offline. Jika online pun, kepantasannya laju sedikit dari siput walaupun sebelum itu digembar-gemburkan sebagai sistem cepat, tangkas dan cekap bla3.
2. Operator telefonnya sentiasa busy..or busy-body? Or pergi makan pagi pada pukul 9.55am? Tinggallah mesin menjawab panggilan yang sentiasa sudi menemani pelanggan dengan kata-kata manis menusuk kalbu hingga ke tulang keting..
"Harap maaf. Semua pegawai kami sedang sibuk. Sila tunggu sebentar."
Oh, mesin tersebut juga sudi mengulang-ulang ayat yang sama tanpa henti sehinggalah anda yang meletakkan telefon dulu. Barangkali, rakyat Malaysia mesti sentiasa diingat-ingatkan.
3. Kerana perlu menunggu lama dengan telefon yang sudah pun melekap di telinga(telinga sudah kemerah-merahan ketika ini), bil telefon pun mulalah memanjang dengan dramatisnya.
4. Jika dapat bercakap dengan orang yang dikehendaki(jika bernasib baik sebenarnya), kita akan di 'pass' seperti bola baling. Tunggu masa nak digolkan je(sebenarnya tiada gol..hanya ada 'pass2' sehingga matahari mula terbenam).
5. Operator@pegawainya juga saya suka kerna selalu memberi arahan yang berlawanan antara satu sama lain. Mungkin juga mereka mempunyai gene2 wrestler dan sering wrestling di pejabat mereka?
6. Walaupun cuti sudah tamat dan pejabat mula dibuka, saya suka melihat suasana dipejabat kerana masing-masing masih di dalam mode bercuti. Tiada satu pun orang dikaunter untuk melayan pelanggan. Ya, anda boleh bergolek-golek sampai muntah hijau tanpa ada orang perasan.
7. Jika pun orangnya ada, tinggallah yang kerani2 dan sewaktu dengannya duduk termenung dalam ofis kerna semua pegawainya sedang sibuk bercuti bersama keluarga tercinta.
8. Juga, apabila berurusan dengan pejabat seperti ini, kita dapat belajar prosedur-prosedur remeh serta kadang-kala tidak masuk dek akal. Bagaikan memancing di kolam rumah. Ye, seperti itu kut. Juga tidak menjadi misi mustahil jika prosedur itu dapat membuat urusan anda tidak selesai walaupun telah 2 bulan berlalu.
Bak kata orang, "menghabiskan beras aja".
Noty2: 1st time duk makan semeja dengan cina dan india:D
Dan, 1st time juga tgk cina makan pakai tangan 0.o