Monday, December 22, 2008

Go-Kart at Shah Alam City Karting

Baru-baru ni saya berpeluang bermain go kart bersama kawan baik saya Hilmi(thanks bro temankan gua) di City Karting Enterprise. Litar sepanjang 1.07KM ini terletak di Seksyen 13 Shah Alam(berhampiran Stadium Shah Alam).

Malangnya kami sampai agak lewat iaitu dalam pukul 5.30PM sesudah hujan(musim tengkujuh). Mulanya saya ingin membatalkan sahaja niat nak bermain go kart kerana trek basah dan sukar mengawal kart dalam keadaan trek yang basah serta tak boleh nak memandu dengan laju ketika mengambil selekoh berbanding ketika trek kering tetapi, kawan saya ni nak jugak main katanya jadi kami teruskan juga dengan menggunakan tayar hujan.





Actually ini merupakan kali ke-5 saya bermain go-kart dan tiada masalah untuk memandu laju kecuali untuk membiasakan diri dengan trek ini ketika 1-2 pusingan pertama. Walaupun dengan berkapasiti 80cc, kart disini memang berprestasi.Kalau laju memang laju sangat berbanding dengan pusat go-kart lain yang saya pergi. Bunyi enjinnya bukan main tapi slow sahaja.

Seperti yang saya katakan tadi, memang sukar untuk mengawal kart untuk mengambil selekoh dengan kelajuan yang agak tinggi. Saya dan kawan saya ni asyik berpusing je. Berkali-kali tapi seronok!!. Setelah meredah segala lopak air dan tamat sesi, baju yang kami pakai habis basah lencun dan kami bercadang untuk ke Mid Valley pula selepas go-kart. Nasib baik rumah saya dekat sahaja.

Kepada anda yang ingin mencuba bolehlah datang ke sini. Bermain go-kart lebih selamat daripada anda racing tak tentu hala di jalan raya. Sewa bermula RM35 untuk 10minit dengan kart 80cc. Ada juga 100cc dan 2-seater kart tapi ratenya saya tidak pasti. Juga sediakan deposit RM50 sebagai cagaran. Wang ini akan dikembalikan jika tiada sebarang kemalangan berlaku terhadap kart yang anda sewa.

Kunjungi aman web City Karting untuk info lanjut
http://www.citykarting.com/

2 comments:

  1. Hi, Im Nurul Huda the marketing manager of City Karting. Besides doing walk in rental we also cater for a group event. If you have more than 10 pax and above you may enjoy our Fun Race Package designed like a formula one race which offers a 'Race Feel' via the practice, qualifying and Final. Interested, please call us at 03-5512 5868 or my mobile 017-377 5868 and you can also send email to our citykarting@gmail.com and we will gladly assist you with the quotation and other information.

    ReplyDelete

Your comment is much appreciated. Thanks :)